Monday 27 February 2012

Broken heart

Selama hari ni cuma aku yg tau, sampai bila semua rahsia mampu aku simpan sendiri cuma Allah yg tahu... Suatu hari nanti.. Aku harap aku dapat rasakan ketenangan yg paling abadi.. Sabar... Sabar... Sampai bila harus aku yg bersabar? Sedang dia mampu hidup seolah tiada hala tujuan... Berkata sesedap rasa... Pengorbanan aku Paling besar di pandang hina... Andai engkau yg terhebat.. Berhenti lah... Renung tinggi langit yg tak tercapai.. Dan siapa yg menyokong tatkala engkau terjatuh.. Andai apa yg engkau lakukan kini hanya kau anggap paksaan dari aku... Lepaskan lah ia... Dan, lepaskan lah aku jua... Terasa lelah kini setelah segala yg aku usahakan demi kehidupan yg terbaik kau siakan... Sedang kau malukan aku... Aku seolah tak mampu lagi memandang org2 yg byk mengerti aku... Sungguh hati aku bagai di hempas sewaktu kau katakan diriku tak punya harga... Semoga Allah buka kan hati mu dan tunjukkan jalan pada mu... Ameen

Monday 24 October 2011

HIDUP SINGLE

Kalau kita hidup single.. apa kita akan rasa?  Aku tak pernah rasa mana jadi single mingle.. aku kenal dengan suami sejak umur aku 15 tahun, segala suka duka aku lalui dengan tabah.  Sehinggalah aku dinikahinya pada usia aku 25 tahun.  Sepanjang bersama, aku akui, kami lebih banyak bercakar dari berbaik.. Kalau berbaik pun hanya seketika.  Tak kira lah sama ada aku mahupun die yang mulakan.  Tapi, kami tak pernah boleh berpisah.  Paling lama tiga hari. Paling sekejap sehari.  Itu pun dah macam-macam yang aku fikirkan.  Pada siapa nak bermanja, teman untuk bergaduh, teman untuk makan, walaupun aku dan die jarang berbual seperti pasangan lain, tapi kami tahu, kami ada chemistry.  Bila bergaduh besar, aku selalu berasa aku mampu hidup tanpa die.. tapi bila die tiada, aku jadi rindu yang teramat dan segala kenangan indah akan menjelma..

Andai takdir aku untuk hidup tanpa die, ya Allah, berikanlah aku kekuatan untuk terus berjalan merasai nikmat mu di dunia ini..

Aku yang benar-benar menyayangi suamiku, Syamsul Hyatt

Monday 18 July 2011

 Ku Mohon by Sheila Majid

Setiap hari kumohon
Agar Kau sentiasa
Memberiku ketenangan dalam hati... kekuatan
Menempuh segala dugaan yang mencabar ini
Pasti punya ertinya
Engkau beriku harapan
Menjawab segala persoalan
Hadapi semua dengan tenang

Dengan merasa kesyukuran
Ku doa Kau selalu
Mengawasai gerak-geriku
Berkatilah ku penuh rahmat dari Mu

Oh Tuhan terangkan hati dalam sanubariku
Oh Tuhan ku berserah segalanya kepadamu
Agar jiwaku tenang dengan bimbingan Mu selalu

Ada kalanya ku merasa hidup ini seperti kaca
Jikalau tidak bersabar
Hancur berderailah akhirnya
Tabahkanlah hatiku
Melalui semua itu... Ooh...
Kuatkanlah
Cekalkanlah diriku

Curahkanlah nikmat Mu pada hidupku

Sunday 19 June 2011

KEK KAHWIN

Thanks to Citarasa Ummi for preparing my wed's cake.. so lovely and shweeetttt...




Monday 30 May 2011

Pengorbanan Ku Tak Dihargai

Pernah tak korang dengar, " Pengorbanan Ku Tak Dihargai"

Sebenarnya, apa itu Pengorbanan?

Maybe, korang boleh cari definisi Pengorbanan ni sendiri. Tapi, ini pendapat aku tentang apa itu pengorbanan.

Pengorbanan ialah sesuatu perkara yang seseorang itu sebenarnya tak mampu nak beri pada orang lain, tapi dia tetap berkorban dengan berusaha, mengalah, dan sanggup lakukan apa saja demi orang lain.  Asalkan, orang itu bahagia, dan permintaannya dapat dipenuhi.  Pengorbanan ini bukan sahaja wang ringgit, tapi juga tenaga, masa dan perasaan sekali pun.

Bila pengorbanan ini tak pernah dihargai, mesti kita akan rasa kecewa yang teramat sangat.  Apa pula definisi Dihargai ini?

Pada aku, pengorbanan sebenarnya tak memerlukan apa-apa balasan kerana Allah s.w.t. akan balas juga di akhirat nanti.  Tapi, pada aku, cukuplah ikut pepatah ni:  Orang berbudi, kita berbahasa.

Tapi, nak salahkan siapa ya, kalau seseorang tu tak pandai menjaga bahasanya?  Bukankah orang dulu-dulu kata, Melentur buluh biar dari rebungnya?  Bila dah jadi buluh, nak lentur macam mana pun mesti patah kan?

Entah lah, memang susah nak didik seseorang yang dah besar panjang.  Tapi sampai bila kita perlu biarkan mereka ni tak menghargai diri kita?  Mungkin bila kita dah tak ada baru mereka nak hargai.  Biasalah, dah tak ada baru nak cari dan hargai.

Kenapa aku tak dapat lari dari orang - orang yang begini?  Sedangkan aku cukup sedar apa yang berlaku.  Cukup sedar!!!

Pada aku, aku dah korbankan PELUANG yang tak sepatutnya aku berikan.  Hingga semua PELUANG yang aku korbankan tu memakan diri aku sendiri.

Dan Sebenarnya... Hanya aku dan Allah s.w.t. yang tahu. 

Sunday 29 May 2011

Dan Sebenarnya....

Suka sangat tengok cerita ni, masuk nie dah 5 kali dah aku tengok cerita nie... hehe, ok tipu. 3 kali.  Tapi, everytime aku tengok cerita nie aku masih rasa tersentuh.  Bestnye kalau benda ni jadi dalam hidup aku.  Ok, syok sendiri. Haha

Bagi yang tak tahu ini cerita apa, cerita ni kisah seorang lelaki yang bernama harris dan seorang perempuan yang bernama maira. And, diorang nie bertemu dalam mimpi. Haha.. Tapi, everything like so real for them.  and masing2, sampai tertanya and tercari2 wujud atau tak die nie? Actually, diorang share mimpi yang sama setiap malam and masing2 seolah2 berkongsi cerita kehidupan masing2 dalam mimpi ni.  Sampailah satu kejadian dimana lelaki  harris  ni yang dah putus tunang semata2 nak bersama dengan maira.  Satu hari, Harris dapat offer transfer ke Ireland and Maira dah tak dapat lagi mimpi tentang Harris.  Aku rasa sebab time different kot... Ye lar, malam kat Ireland, siang kat Malaysia.  Hahaha.. Sampai satu tahap, Maira nie nak sangat jumpa Harris sampai sanggup telan pil tido dan dimasukkan ke hospital sebab kawan and mak Maira ingat, die psycho and nak bunuh diri.  Last2 Maira tinggalkan note dalam mimpi die untuk Harris dan suruh die cari and halang die dari terima pinangan orang lain.  Ending die, dewang memang berjaya buktikan yang mimpi itulah bawak pertemuan diorang berdua..   Rupanya Maira ialah patient kawan Harris.  Umph.. aku pun nak jugak mimpi mcm tu.  Dating dalam mimpi je, sampai ke Ireland sana.  Wow!!!

Tapi tak semua yang kita harapkan boleh jadi kenyataan.  Termasuklah keindahan alam perkahwinan kan?  Dulu aku ingat bila dah kahwin, tak ada lagi gaduh2 nie.  Rupanya makin teruk aku kena.. Semuanya sebab suami yang sering salah guna kuasa untuk menyakiti hati aku...

Ada seorang kawan ni, die kata bila kita kahwin, memang org luar nampak kita happy mcm tak ada masalah. Tp hakikatnya, panas dan bahangnya dalam rumah itu, hanya kita dan Allah yang tahu.

Apa kaitannya dengan cerita Dan Sebenarnya... ini? Lagu Dan Sebenarnya, Yuna tu pun menjadi lagu favorite aku.  Kaitannya ialah...

Dan Sebenarnya... Hanya aku dah Allah Sahaja yang tahu....

Tuesday 24 May 2011

Apa Nak Buat?

Ada yang buat blog nak tambah income, ada yang buat diary harian, ada yang nak kongsi petua mua, tapi, aku masih tak tahu nak buat apa dengan account blog aku nie.  Aku tengok orang lain dah advance dalam memblog nie.. aku pulak baru nak belajar memblogging ni.. Harap2 dari hari ke hari dapat belajar benda yang baru. Dulu ada juga belajar guna HTML nak buat website. Tapi, dah berapa tahun lepas lah pulak. Mana lah nak ingat kalau dah lama tak practice. Sebenarnya aku dah bosan dengan facebook kot.  Sebab tu lar nak belajar blog pulak.  By the way, thanks to Kak Timah sebab ajar sikit2 tentang blog ni..

Harapan aku, tak sampai terleka sampai apa pun tak jadi sebab blog dah.  Dan jangan sampai hangat-hangat najis ayam.  Haha..