Monday 30 May 2011

Pengorbanan Ku Tak Dihargai

Pernah tak korang dengar, " Pengorbanan Ku Tak Dihargai"

Sebenarnya, apa itu Pengorbanan?

Maybe, korang boleh cari definisi Pengorbanan ni sendiri. Tapi, ini pendapat aku tentang apa itu pengorbanan.

Pengorbanan ialah sesuatu perkara yang seseorang itu sebenarnya tak mampu nak beri pada orang lain, tapi dia tetap berkorban dengan berusaha, mengalah, dan sanggup lakukan apa saja demi orang lain.  Asalkan, orang itu bahagia, dan permintaannya dapat dipenuhi.  Pengorbanan ini bukan sahaja wang ringgit, tapi juga tenaga, masa dan perasaan sekali pun.

Bila pengorbanan ini tak pernah dihargai, mesti kita akan rasa kecewa yang teramat sangat.  Apa pula definisi Dihargai ini?

Pada aku, pengorbanan sebenarnya tak memerlukan apa-apa balasan kerana Allah s.w.t. akan balas juga di akhirat nanti.  Tapi, pada aku, cukuplah ikut pepatah ni:  Orang berbudi, kita berbahasa.

Tapi, nak salahkan siapa ya, kalau seseorang tu tak pandai menjaga bahasanya?  Bukankah orang dulu-dulu kata, Melentur buluh biar dari rebungnya?  Bila dah jadi buluh, nak lentur macam mana pun mesti patah kan?

Entah lah, memang susah nak didik seseorang yang dah besar panjang.  Tapi sampai bila kita perlu biarkan mereka ni tak menghargai diri kita?  Mungkin bila kita dah tak ada baru mereka nak hargai.  Biasalah, dah tak ada baru nak cari dan hargai.

Kenapa aku tak dapat lari dari orang - orang yang begini?  Sedangkan aku cukup sedar apa yang berlaku.  Cukup sedar!!!

Pada aku, aku dah korbankan PELUANG yang tak sepatutnya aku berikan.  Hingga semua PELUANG yang aku korbankan tu memakan diri aku sendiri.

Dan Sebenarnya... Hanya aku dan Allah s.w.t. yang tahu. 

Sunday 29 May 2011

Dan Sebenarnya....

Suka sangat tengok cerita ni, masuk nie dah 5 kali dah aku tengok cerita nie... hehe, ok tipu. 3 kali.  Tapi, everytime aku tengok cerita nie aku masih rasa tersentuh.  Bestnye kalau benda ni jadi dalam hidup aku.  Ok, syok sendiri. Haha

Bagi yang tak tahu ini cerita apa, cerita ni kisah seorang lelaki yang bernama harris dan seorang perempuan yang bernama maira. And, diorang nie bertemu dalam mimpi. Haha.. Tapi, everything like so real for them.  and masing2, sampai tertanya and tercari2 wujud atau tak die nie? Actually, diorang share mimpi yang sama setiap malam and masing2 seolah2 berkongsi cerita kehidupan masing2 dalam mimpi ni.  Sampailah satu kejadian dimana lelaki  harris  ni yang dah putus tunang semata2 nak bersama dengan maira.  Satu hari, Harris dapat offer transfer ke Ireland and Maira dah tak dapat lagi mimpi tentang Harris.  Aku rasa sebab time different kot... Ye lar, malam kat Ireland, siang kat Malaysia.  Hahaha.. Sampai satu tahap, Maira nie nak sangat jumpa Harris sampai sanggup telan pil tido dan dimasukkan ke hospital sebab kawan and mak Maira ingat, die psycho and nak bunuh diri.  Last2 Maira tinggalkan note dalam mimpi die untuk Harris dan suruh die cari and halang die dari terima pinangan orang lain.  Ending die, dewang memang berjaya buktikan yang mimpi itulah bawak pertemuan diorang berdua..   Rupanya Maira ialah patient kawan Harris.  Umph.. aku pun nak jugak mimpi mcm tu.  Dating dalam mimpi je, sampai ke Ireland sana.  Wow!!!

Tapi tak semua yang kita harapkan boleh jadi kenyataan.  Termasuklah keindahan alam perkahwinan kan?  Dulu aku ingat bila dah kahwin, tak ada lagi gaduh2 nie.  Rupanya makin teruk aku kena.. Semuanya sebab suami yang sering salah guna kuasa untuk menyakiti hati aku...

Ada seorang kawan ni, die kata bila kita kahwin, memang org luar nampak kita happy mcm tak ada masalah. Tp hakikatnya, panas dan bahangnya dalam rumah itu, hanya kita dan Allah yang tahu.

Apa kaitannya dengan cerita Dan Sebenarnya... ini? Lagu Dan Sebenarnya, Yuna tu pun menjadi lagu favorite aku.  Kaitannya ialah...

Dan Sebenarnya... Hanya aku dah Allah Sahaja yang tahu....

Tuesday 24 May 2011

Apa Nak Buat?

Ada yang buat blog nak tambah income, ada yang buat diary harian, ada yang nak kongsi petua mua, tapi, aku masih tak tahu nak buat apa dengan account blog aku nie.  Aku tengok orang lain dah advance dalam memblog nie.. aku pulak baru nak belajar memblogging ni.. Harap2 dari hari ke hari dapat belajar benda yang baru. Dulu ada juga belajar guna HTML nak buat website. Tapi, dah berapa tahun lepas lah pulak. Mana lah nak ingat kalau dah lama tak practice. Sebenarnya aku dah bosan dengan facebook kot.  Sebab tu lar nak belajar blog pulak.  By the way, thanks to Kak Timah sebab ajar sikit2 tentang blog ni..

Harapan aku, tak sampai terleka sampai apa pun tak jadi sebab blog dah.  Dan jangan sampai hangat-hangat najis ayam.  Haha..

Monday 16 May 2011

Doa isteri mithali

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
Kau ampunilah dosa ku yg telah ku perbuat
Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yg tiada terbatas
Kau berikanlah aku kekuatan mental dan fizikal
Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan
Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista
Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaranMu
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan

Ya Allah
Sekiranya suami ku ini adalah pilihan Mu diArash
Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya
Sekiranya suami ku ini adalah suami yg akan membimbing tanganku
dititianMu
Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya
Sekiranya suami ku ini adalah bidadara untuk ku di Jannah Mu
Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala
perintahnya
Sekiranya suami ku ini adalah yang terbaik untukku di DuniaMu
Peliharalah tingkah laku serta kata-kataku dari menyakiti perasaannya
Sekiranya suami ku ini jodoh yang dirahmati olehMu
Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah dan ragamnya

Tetapi Ya Allah
Sekiranya suami ku ini ditakdirkan bukan untuk diriku
Kau tunjukkanlan aku jalan yg terbaik untuk aku harungi segala
dugaanMu
Sekiranya suami ku tergoda dengan keindahan dunia Mu
Limpahkanlah aku kesabaran untuk terus membimbingnya
Sekiranya suami ku tunduk terhadap nafsu yang melalaikan
Kurniakanlah aku kekuatanMu untuk aku memperbetulkan keadaanya
Sekiranya suami ku menyintai kesesatan
Kau pandulah aku untuk menarik dirinya keluar dari terus terlena

Ya Allah
Kau yang Maha Megetahui apa yang terbaik untukku
Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan ketelanjuranku
Sekiranya aku tersilap berbuat keputusan
Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai isteri
Kau hukumlah aku didunia tetapi bukan diakhiratMu
Sekiranya aku engkar dan derhaka
Berikanlah aku petunjuk kearah rahmatMu

Ya Allah sesungguhnya
Aku lemah tanpa petunjukMu
Aku buta tanpa bimbinganMu
Aku cacat tanpa hidayahMu
Aku hina tanpa RahmatMu

Ya Allah
Kuatkan hati dan semangatku
Tabahkan aku menghadapi segala cubaanMu
Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami
Bukakanlah hatiku untuk menghayati agamaMu
Bimbinglah aku menjadi isteri Solehah

Hanya padaMu Ya Allah ku pohon segala harapan
Kerana aku pasrah dengan dugaanMu
Kerana aku sedar hinanya aku
Kerana aku insan lemah yg kerap keliru
Kerana aku leka dengan keindahan duniamu
Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaranMu
Kerana pendek akal ku mengharungi ujianMu

Ya Allah Ya Tuhanku…
Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati
Isteri yang dikasihi
Isteri yang solehah
Isteri yang sentiasa dihati
Amin, amin Ya Rabbal Allamin.



Fragilian test

Testing 123