Monday 30 May 2011

Pengorbanan Ku Tak Dihargai

Pernah tak korang dengar, " Pengorbanan Ku Tak Dihargai"

Sebenarnya, apa itu Pengorbanan?

Maybe, korang boleh cari definisi Pengorbanan ni sendiri. Tapi, ini pendapat aku tentang apa itu pengorbanan.

Pengorbanan ialah sesuatu perkara yang seseorang itu sebenarnya tak mampu nak beri pada orang lain, tapi dia tetap berkorban dengan berusaha, mengalah, dan sanggup lakukan apa saja demi orang lain.  Asalkan, orang itu bahagia, dan permintaannya dapat dipenuhi.  Pengorbanan ini bukan sahaja wang ringgit, tapi juga tenaga, masa dan perasaan sekali pun.

Bila pengorbanan ini tak pernah dihargai, mesti kita akan rasa kecewa yang teramat sangat.  Apa pula definisi Dihargai ini?

Pada aku, pengorbanan sebenarnya tak memerlukan apa-apa balasan kerana Allah s.w.t. akan balas juga di akhirat nanti.  Tapi, pada aku, cukuplah ikut pepatah ni:  Orang berbudi, kita berbahasa.

Tapi, nak salahkan siapa ya, kalau seseorang tu tak pandai menjaga bahasanya?  Bukankah orang dulu-dulu kata, Melentur buluh biar dari rebungnya?  Bila dah jadi buluh, nak lentur macam mana pun mesti patah kan?

Entah lah, memang susah nak didik seseorang yang dah besar panjang.  Tapi sampai bila kita perlu biarkan mereka ni tak menghargai diri kita?  Mungkin bila kita dah tak ada baru mereka nak hargai.  Biasalah, dah tak ada baru nak cari dan hargai.

Kenapa aku tak dapat lari dari orang - orang yang begini?  Sedangkan aku cukup sedar apa yang berlaku.  Cukup sedar!!!

Pada aku, aku dah korbankan PELUANG yang tak sepatutnya aku berikan.  Hingga semua PELUANG yang aku korbankan tu memakan diri aku sendiri.

Dan Sebenarnya... Hanya aku dan Allah s.w.t. yang tahu. 

No comments:

Post a Comment